KATA GANDA
Kata ganda terbahagi kepada 4 jenis iaitu;
1. Kata ganda seluruh
2. Kata ganda separa
3. Kata ganda berirama (kata ganda bersajak).
4. Kata ganda semu.
A. KATA GANDA SELURUH
1. Kata ganda seluruh ialah kata yang diulang atau digandakan seluruh kata dasarnya.
Contohnya:
Baldi -baldi-baldi
Anai -anai-anai
Panjang -panjang-panjang
Jelas -jelas-jelas.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sepang (-).
3 .Kata ganda seluruh menyatakan makna:
a. Banyak atau jamak
Contohnya: baldi-baldi – baldi yang banyak
b. Satu atau tunggal
Contohnya: anai-anai – seekor anai-anai.
c. Banyak yang bersifat
Contohnya: panjang-panjang – banyak yang panjang.
d. Untuk menguatkan keterangan
Contohnya: jelas-jelas – dengan jelasnya
B. KATA GANDA SEPARA
1. Kata ganda separa ialah kata ganda terbentuk dengan cara melenyapkan bahagian
awal kata ganda seluruh.
awal kata ganda seluruh.
Contohnya: labu-labu - lelabu
Jentik-jentik- jejentik
Kuda-kuda - kekuda
Daun-daun - dedaun
2. Kata ganda separa tidak diberi kata sepang (-) seperti kata ganda yang lain.
3. Kata ganda separa membawa beberapa makna.
Antaranya termasuklah:-
(a) Banyak atau jamak.
Contohnya:- dedaun – beberapa banyak daun
(b) Satu atau tunggal
Contohnya :- tetamu – seorang tetamu
(c) Menyerupai sesuatu
Contohnya :- bebola – menyerupai bola
C. KATA GANDA BERSAJAK.
1. Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami persamaan bunyi
dipangkal, atau di tengah, atau di hujung.
(a) Persamaan bunyi di pangkal
Contohnya :- suku – sakat
(b) Persamaan bunyi di tengah
Contohnya :- kucar-kacir
(c) Persamaan bunyi dihujung
Contohnya :- segar-bugar
2. Kata ganda bersajak mesti disertai tanda sepang (-)
3 . Kata ganda bersajak boleh menyatakan maksud:
(a) Bermacam-macam
Contohnya : kuih-muih – bermacam-macam jenis kuih-muih.
(b) Paling atau sangat
Contohnya : licin – lacau – sangat licin
(c) Sering atau berkali-kali
Contohnya: lalu-lalang – berkali-kali lalu
D. KATA GANDA BERIMBUHAN.
1. Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang diberi imbuhan.
Contohnya:
Berbual-bual, teresak-esak, bunga-bungaan, ubat-ubatan,
bertolak-tolakan, kehitam-hitaman, tulang-menulang dan sebagainya.
bertolak-tolakan, kehitam-hitaman, tulang-menulang dan sebagainya.
2. Kata ganda berimbuhan mesti disertai tanda sepang (-) juga.
3. Kata ganda berimbuhan mempunyai beberapa makna. Antaranya termasuklah:-
(a) Bermacam-macam
Contohnya: sayur-sayuran - bermacam-macam sayur.
(b) Menyerupai sesuatu
Contohnya: orang-orangan – menyerupai orang
(c) Banyak atau jamak
Contohnya: bertin-tin – beberapa banyak tin
(d) Melakukan perbuatan berulang-ulang
Contohnya; menarik-narik – menarik secara berulang-ulang.
(e) Perbuatan menyaling
Contohnya: kejar-mengejar – saling mengejar.