Photobucket

Lembaran Kerja

Contoh lembaran kerja.
Gandakan perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian salin semula ayat tersebut.
1.     Nasir member itik peliharaannya makan.
……………………………………………………………………………………………………………
2.     Jari roda basikal Amin sudah patah.
……………………………………………………………………………………………………………
3.     Buku itu berselarak di atas meja.
……………………………………………………………………………………………………………
4.     Bunga di taman itu berbau harum.
…………………………………………………………………………………………………………..
5.     Kakak memasukkan biskut itu ke dalam bekas.
……………………………………………………………………………………………………………
6.     Semua pelajar laki yang berambut panjang akan di denda.
……………………………………………………………………………………………………………
7.     Gendang telinga Salim bengkak sejak semalam.
………………………………………………………………………………………………………...                            8. Petani itu sedang bekerja di bendang.
........................................................................................................................................
9. Api lilin itu sudah padam ditiup angin.
........................................................................................................................................

Jawab semua soalan di bawah ini.

Soalan 10 hingga soalan 15
Pilih jawapan yang betul.

10.    Kakak Intan memakai sepasang  ............................. berlian.
         A.   api-api                                  B.  anting-anting
         C.   kelip-kelip                             D.  agar-agar.

11.    Rumah di kampung nelayan itu..............................

         A.   busuk-busuk                        B. susah-susah
         C.   rapat-rapat                          D. tua-tua

12.    ........................... roda basikal Ali kelihatan berkarat.
         A.   Kekisi                                   B. Jejari
         C.   Kekuda                                D. Bebuli.

13.    Keropok ikan itu lemau kerana bekasnya tidak di tutup ..............................
         A.   kecil-kecil                             B. tebal-tebal
         C.   erat-erat                              D. ketat-ketat.

14.    Sejak memenangi pertandingan bercerita itu, dia tidak ..............................
         menerima ucapan tahniah.
         A.    sekali-kali                            B. putus-putus
         C.    sedikit-sedikit                      D. kadang-kadang.

15.    Adik sedang menangkap ...................................... itu dengan jaring.
         A.    jejentik                                B. dedaun
         C.    rerama                               D.  pepijat.

Soalan 16 hingga  soalan 17

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut yang membawa 
maksud banyak.

16.     I    Anak kucing yang baru lahir itu comel-comel.
          II   Lagu-lagu itu dinyanyikan oleh Siti Nur Haliza.
          III  Pelajar-pelajar yang melanggar undang-undang sekolah akan di denda.
          IV Lembu-lembu di padang itu kepunyaan Pak Daud.

          A.   I dan IV sahaja.
          B.   II dan IV sahaja.
          C.   I, II, dan III sahaja.
          D.   II, III, dan IV sahaja

17      I     Tiang rumahnya sudah reput kerana dimakan anai-anai.
          II     Lauk-lauk di restaurant itu pedas-pedas.
          III    Mangsa-mangsa banjar di pindahkan ke balai raya.
          IV   Pagi-pagi lagi ayah sudah ke tempat kerja.

          A.   III sahaja.
          B.   II dan III sahaja.
          C.   III dan IV sahaja.
          D.   II, III dan IV sahaja.

Soalan 18 hingga soalan19.

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut yang 
membawa maksud tunggal.

18.     I     Tukang kayu memasang tupai-tupai pada tiang rumah Encik Kamarul.
          II    Sambutan hari guru diadakan pada tiap-tiap tahun di sekolah saya.
          III   Di dalam balang kaca itu ada pelbagai jenis gula-gula.
          IV   Budak-budak itu sedang mandi di kolam renang. 

          A.   Iv sahaja
          B.   I dan III sahaja.
          C.   II dan IV sahaja.
          D.   III dan IV sahaja

19.     I      Lembu-lembu peliharaan Pak Kadir gemuk-gemuk belaka.
          II     Alat-alat permainannya di simpan di dalam kotak.
          III    Sumpah-sumpah yang disumpitnya sudah mati.
          IV   Seseorang yang mengalami penyakit beri-beri biasanya
                kekurangan vitamin B1.

          A.   I dan III sahaja.
          B.   III dan IV sahaja.
          C.   I, II dan III sahaja.
          D.   II,III dan Iv sahaja.

Soalan 20.

Pilih soalan yang menggunakan kata ganda yang betul.

20.     A.  Tiga orang budak-budak sedang berlari di padang.
          B.   Semua murid-murid beratur di luar kelas.
          C.   Diana suka makan gula-gula.
          D.   Anak-anak kucing itu comel belaka.

Soalan 21 hingga soalan 25.

Lengkapkan kata ganda bersajak di bawah ini.

21     porak       - ...................................

22.    kenduri     - ...................................

23.    sorak        - ....................................

24.    rempah     - ....................................

25.    tunggang   - ....................................

Soalan 26 hingga soalan 30.

Gariskan kata ganda berimbuhan dalam ayat di bawah.

26.     Sudah berhari-hari, Anisah tidak hadir ke sekolah.

27.     Anita dan Sarah kenal-mengenal semasa belajar di sekolah rendah.

28.     Murid-murid itu membersihkan kelas mereka secara bergilir-gilir.

29.     Di halaman rumah kosong itu dipenuhi daun-daunan kering.

30.     Adik tersenyum-senyum apabila ayah dan ibu memujinya.

Soalan 31 hingga soalan 35.

Pilih jawapan yang betul.

31.     Kami ............................... sesama keluarga pada hari raya.
          A.  bercaci-cacian
          B.  bersorak-sorakan
          C.  bermaaf-maafan
          D.  berkenal-kenalan

32.     Dedaun pokok kelapa itu  ......................... ditiup angin.
          A.  mengangguk-angguk
          B.  melambai-lambai
          C.  meronta-ronta
          D.  menarik-narik

33.     Puan Aminah  .........................  harga kain batik yan hendak
          dibelinya itu.
         A.   bahas-membahas
         B.   turun-temurun
         C.   kenal-mengenal
         D.   tawar-menawar.

34.    Dasar sungai itu dipenuhi  .................................  yang tajam.
         A.   gunung-gunung
         B.   batu-batan
         C.   rumput-rampai
         D.   saki-baki

35.    Kamal  ................................  mengutip buah-buahan rambutan
         yang jatuh ke tanah.

         A.   terhendap-hendap

         B.   terbongkok-bongkok
         C.   terapung-apung
         D.   terlonjak-lonjak

Soalan 36 hingga soalan 37..
Pilih perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang
bermaksud banyak.

36.    A.   Jalan raya itu licin-licin selepas hujan.
         B.   Mata Arbi terkebil-kebil semasa dimarahi ayahnya.
         C.   Berguni-guni beras siam telah dirampas daripada
               penyeludup itu.
         D.   Suasana di dalam hutan itu gelap-gelita pada waktu malam.

37.     A.   Puan Majid memasukkan rempah - ratus ke dalam masakannya.
          B.   Sesudah tiga hari, Manisah mengalami cirit-birit.
          C.   Pak Jalal meletakkan orang-orangan di tengah bendang itu.
          D.   Mereka duduk berhimpit-himpit di dalam kereta.

Soalan 38.
Pilih perkataan bergaris dalam ayat yang membawa maksud berulang.

38.     A.   Kasmani memicit-micit kepalanya yang pening.
          B.   Dia menyiram tanam-tanamannya setiap pagi.
          C.   Kakak memakai baju kebaya yang berwarna biru kehitam-hitaman.
          D.   Menteri itu bersikap tidak adil kerana mementingkan suku-sakatnya.     

Soalan 39 dan soalan 40.
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa
maksud saling.

39.     A.  Mereka berkejar-kejaran di padang.
          B.  Sikap Julia masih keanak-anakan walaupun sudah berumah tangga.
          C.  Ayah tergesa-gesa ke pejabat hari ini.
          D.  Majlis pertunangan  anak menteri itu diadakan secara besar-besaran.
  
40.     A.  Ketiga-tiga orang anak Pak Ahmad sudah berjaya ke universiti.
          B.  Datuk mencari-cari kunci keretanya.
          C.  Sudah berbulan-bulan lamanya Encik Leman berhenti kerja.
          D.  Faris dan Sani berlumba-lumba untuk sampai dahulu ke sini.

BAHASA MELAYU PENULISAN ( BAHAGIAN C)

Tulis lima nilai atau pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada pertikan 
di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Soalan 1
     
     Penduduk Kampung Aman sentiasa mengamalkan sikap tolong-menolong. Amalan 
ini dapat menwujudkan suasana hidup yang harmoni di kampung tersebut.

     Apabila aktiviti gotong- royong diadakan semua penduduk melibatkan diri. Mereka
bersama-sama membersihkan kawasan kampung untuk menwujudkan suasana yang
bersih dan ceria.  Kampung Aman telah dipilih memenangi Anugerah Kampung Terbersih 
Peringkat Kuala Muda.

     Penduduk Kampung Aman juga sangat ramah. Mereka saling bertegur sapa apabila
bertemu. Sikap berbudi bahasa yang ditunjukkan itu diamalkan sejak dahulu lagi.
Ketua Kampung Aman sering menasihati anak buahnya agar menghormati orang lain
dan tidak bersikap sombong.

..............................................................................................................................

.............................................................................................................................

Soalan 2

     Murid-murid berada di kantin sekolah. Pengawas meminta murid-murid beratur 
semasa membeli makanan dan minuman.

     Tiba-tiba Zaim meluru ke arah hadapan.  Dia hendak membeli makanan tanpa
beratur. Pengawas itu menegur perbuatan Zaim. Zaim tidak mengendahkannya.

     Selepas membeli makanan, dia segera berjalan dengan pantas tanpa memandang 
ke kiri dan ke kanan.Zaim terlanggar seorang murid perempuan yang membawa
sepinggan mi goreng. Mi goreng itu tercampak ke atas baju murid perempuan itu.
Zaim meminta maaf atas kesalahannya. Dia menyesal kerana bersikap tergesa-
gesa dan tidak mematuhi peraturan.

..........................................................................................................................