Photobucket

Pengenalan Diri


TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Nama saya Wan Senah bt. Abdullah Saya dilahirkan di kampung Pangkal Pisang,Peringat,Kota Bharu, Kelantan pada 44 tahun yang lalu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Perol,Kota Bharu, Kelantan.Pendidikan menengah pula  di Sekolah Menengah Kebangsaan Melor,Kota Bharu dari tingkatan 1 hingga 5.Kemudian menyambung belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa,Pasir Puteh,Kelantan.
Pada tahun 1987 saya mendapat tawaran dari Maktab Perguruan Kuala Terengganu,Terengganu untuk mengikuti Pendidikan Guru.Setelah bertungkus lumus belajar, akhirnya pada tahun 1989 saya berjaya menamatkan kursus perguruan dengan jayanya.

Pada Disember 1989 saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kubor Datu, Jeli,Kelantan. Selama 18 tahun berkhidmat di sana, banyak pengalaman pahit manis yang saya perolehi. Saya ditugaskan untuk mengajar Bahasa Malaysia tahun 1 hingga tahun 3 mengikut murid yang diajar dari tahun 1. Di Sekolah ini jugalah saya berkhidmat bersama suami saya sekarang yang pada masa itu telah bertugas di sekolah yang sama. Sepanjang di sini saya dikurniakan lima orang cahaya mata. Dua orang puteri dan tiga orang putera.

Pada 3 Januari 2005,saya telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Jeli (1),Jeli, Kelantan dan kekal di sini hingga  sekarang. Saya mengajar Bahasa Malaysia Tahun 4 dan Tahun 2. Saya dan keluarga juga telah menetap di Jeli dengan terbinanya kediaman kami di Bandar Baru ini.