Monday 12 December 2011
Tuesday 29 November 2011
Puisi
Kenanganku…
Izinku lempar sebondong
Rindu…
Merakam kenangan seribu
Kisah...
Meniti baris-baris memori
Sedetik cuma kita bersama...
Tersusun senyum dalam tawa
Terguris pedih dalam duka
Sedetik cuma kita bersama
Menempuh arus menjejak
Menara...
Kini... perpisahan hadir
Dalam selimut kehidupan kita
Kerana inilah persinggahan
Hanya dijanjikan sementara...
Biar apa pun watak...
Yang akan kita lakonkan
Ku iringi kalian sekalung doa...
Berjaya dan sentiasa di dalam
NaunganNya...
Salam:
Sepi Seorang Aku
Telah ku guris usia nan rapuh di hujung mimpi
Telah kusimpul impian di lembaran musim berganti
Malam pun menyambut keheningan dengan senyuman
Ku temui sebuah kata-kata yang tanpa akhirnya...
Ku tahu kehadirannya bersama embun
Yang tiba-tiba membasah di hujung dedaun
Yang jatuhnya dicelahan rerumput kering
Lalu kutemui kerinduan diserakan reranting...
Beginilah akhirnya sebuah perjalanan
Meniti usia kedewasaan yang semakin hilang
Ditelan kenangan dan waktu yang pergi
Berlari bersama hati yang kian sepi...
Dari jauh lambaian hati
Dalam jiwa nan tetap sama
Terhitung kenangan kita bersama
Kekal abadi selamanya...
Kekal abadi selamanya...
Kata-Kata Hikmat
HIDUP SEPERTI POHON KAYU YANG LEBAT BUAHNYA,TUMBUH DI TEPI JALAN, DILEMPAR ORANG DENGAN BATU, TETAP DIBALAS DENGAN BUAH.
ABU BAKAR AS-SIDDIQ
IMAN ITU DIBANGUNKAN DI ATAS EMPAT TIANG, IAITU YAKIN, SABAR, JIHAD DAN ADIL.
‘ALI BIN ABI TALIB
BARANG SIAPA YANG INGIN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN DUNIAWI, IA HARUS MENGUASAI ILMUNYA. BARANG SIAPA INGIN BAHAGIA DALAM KEHIDUPAN AKHIRATNYA, IA HARUS MENGUASAI ILMUNYA.
MUHAMMAD BIN IDRIS ASY-SYAFI’I
TIADA ADA MANUSIA YANG BERHATI BATU HINGGA IA TIDAK SEDIKITPUN MENCINTAI TANAH TUMPAH DARAHNYA.
DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD
MASYARAKAT YANG BERMEGAH-MEGAH DENGAN KEGEMILANGAN
SEJARAHNYA IALAH MASYARAKAT YANG SUDAH MENJADI MUNDUR DAN TIDAK LAGI BERBANGGA DENGAN KEADAANNYA SEKARANG.
DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD
TIDAK ADA YANG MUSTAHIL BAGI ORANG-ORANG YANG BERANI MENCUBA.
ISKANDAR ZULKARNAIN
SESUATU TAMADUN TIDAK MENJELMA DALAM SEKELIP MATA. BERPULUH, BAHKAN BERATUS TAHUN AKAN BERLALU SEBELUM SESUATU TAMADUN MENCAPAI KEMUNCAKNYA.
DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD
DATO SERI DR. MAHATHIR MOHAMAD
MASALAH ITU ADALAH TANDA KEHIDUPAN! SEMAKIN BANYAK MASALAH ANDA,SEMAKIN HIDUP ANDA
NORMAN VINCENT PEALE
TIGA FAKTOR YANG MENJAMIN KEMAJUAN SEKOLAH IALAH GURU BESAR YANG DIHORMATI, GURU-GURU YANG PENUH DEDIKASI DAN PELAJAR YANG BERDISIPLIN DAN
BERSUNGGUH-SUNGGUH
DATO’ SERI ABDULLAH BIN HJ.AHMAD BADAWI.
SAYA BELAJAR DAN BERSEDIA,MAKA KESEMPATAN AKAN DATANG.
ABRAHAM LINCOLM
YANG PENTING BUKAN DARI MANA KITA DATANG,
TETAPI,
KE MANA KITA AKAN PERGI.
J. JAYEWARDENE.
ANDA JANGAN MEMUJI ORANG KERANA NAMPAKNYA BESAR ATAU MEMANDANG REMEH ORANG LAIN KERANA NAMPAKNYA KECIL. KERANA LEBAH TERMASUK KECIL DI KALANGAN HAIWAN BERSAYAP,
NAMUN, DIALAH YANG MENGHASILKAN MADU TERMANIS.
JEZUS SIRACH II.
MANUSIA ITU DILAHIRKAN UNTUK MERAIH KEJAYAAN, BUKAN UNTUK MENGALAMI KEGAGALAN.
HENRY THOREAU
Sintaksis
Sintaksis
Definisi
Setelah mempelajari tentang morfologi, fonetik dan fonologi, pelajar harus di beri pendedahan tentang bidang sintaksis. Perkataan ini mungkin janggal kepada pelajar kalau kita hendaklah jelaskan dari aspek linguistik. Bidang sintaksis ini sangat penting dalam pengajaran bahasa. Dari sinilah kita akan dapat melihat sejauhmana pelajar mampu membina ayat setelah mereka mempelajari aspek linguistik.
Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam dalam bukunya Kajian Bahasa, (1985 : 183 ), bidang sintaksis ialah mengkaji hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam pembentukan ayat. Dalam ertikata yang lain, kajian sintaksis adalah kajian mengenai ayat. Di dalamnya termasuk juga kajian tentang frasa dan klausa. Ayat menduduki tempat yang paling atas dalam tatatingkat kajian sintaksis, diikuti oleh klausa dan frasa.
Nik Safiah et.al, (1994: 317), menyatakan sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis dalam pengajaran bahasa amat penting kepada guru kerana dari sinilah bermulanya pelajar dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih berkesan. Terdapat beberapa pembentukan ayat yang diajar di peringkat sekolah rendah iaitu seperti yang di nyatakan oleh Raminah dan Rahim iaitu:
Bentuk ayat
Ayat selapis atau ayat tunggal
Ayat yang terdiri daripada hanya satu subjek dan satu predikat
Contoh :
Subjek Predikat
1. Saya guru
2. Lembu binatang
3. Dia sedang mengajar
4. Adik saya berbaju biru
Ayat berlapis
Ayat berlapis adalah ayat yang dibentuk hasil dari gabungan dua atau lebih ayat selapis. Dengan perkataan lain, ayat berlapis adalah ayat yang mempunyai dua atau lebih subjek atau predikat atau kedua-dua sekali, iaitu lebih daripada satu subjek dan predikat. Ayat-ayat selapis itu digabungkan dengan penggunaan sendi.
- Ayat berlapis yang terdiri daripada dua atau lebih subjek tetapi predikatnya sama.
Contoh :
Subjek Predikat
Dia dan adiknya sedang makan
Ibu, kakak, dan abang pergi ke bandar
Guru dan murid bekerjasama
Pen, pensel, pemadam dan kertas di atas meja
Guru dan murid membaca buku
- Ayat berlapis yang mengandungi dua atau lebih predikat tetapi subjeknya sama
Contoh :
Subjek Predikat
Saya menulis sambil mendengar radio
Pekerjaannya membeli dan menjual getah
Fatimah pergi ke pasar untuk membeli ikan dan sayur
- Ayat berlapis yang mengandungi dua atau lebih subjek dan predikat
Contoh :
- Adik bermain, ibu menjahit dan ayah membaca.
(subjek : Adik, ibu, ayah)
(predikat : bermain, menjahit dan membaca)
- Guru menyoal dan murid menjawab
(subjek : Guru, murid)
(predikat : menyoal dan menjawab)
- Daging dipotong kecil, serai ditumbuk, lada dihiris dan bawang di mayang
(subjek : Daging, serai, lada, bawang)
(predikat : dipotong, ditumbuk, dihiris, dan dimayang)
- Ayat berlapis yang subjeknya diulang dan kedua-dua ayat itu dihubungkan oleh sendi
Contoh :
Buku saya murah tetapi bukunya mahal
Bajunya merah tetapi baju saya biru
Wang saya wang kertas tetapi wangnya wang syiling.
Terdapat juga ayat-ayat berlapis yang tidak menggunakan sendi. Ayat-ayat ini dihubungkan dengan tanda koma dan didalam pertuturan ayat-ayat ini dilafazkan dengan wujudnya hentian.
Contoh :
Suaminya askar, isterinya guru.
Ayahnya professor, ibunya doktor.
Monday 28 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)